Pagi ni semua kerja doh beres , tu yang boleh posting ni. Tapi haghi ni awok tak nok posting loghat Perak. Tetiba kepale awok ( kepala ke otak, ato kepala otak hik hik....) tepikio tentang ngape SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong (SEMESTA) prestasinya tak lah membanggakan berbanding sekolah harian lain di luar bandar khasnya di daerah Kuala Kangsar.
Semasa Bahasa Inggeris belum dijadikan subjek yang mesti lulus dalam PMR keputusan sekolah luar bandar lain adalah agak membanggakan. Kebetulan awak berada di sekolah SMK RLKT Lasah Sungai Siput (U) dan SMK Sayong yang biasanya berada di tempat ke 2 hingga ke 4. Nombor satu bagi le kat MCKK (bukan tandingan pun, budak 5A kan). Berbanding SEMESTA yang biasa menduduki ranking tempat pertama atau ke dua tapi dari belakang le.
Tadi masa kat kantin bebincang dengan kekawan dan mereka menyarankan agar awak tulis (cop, taip) kat blog awak. Saya suka berfikir luar kotak kata dek orang kaunseling. Tu pasal saya suka buat LDK Gajah kat kelas yang awak baru masuk. Budak SMK Sayong dan SEMESTA rasanya semua dah tau LDK Gajah saya tu (bukan cerita gajah yang kena petik .... nye tu dalam posting awak yang lalu).
Maaf le orang Manong ( ni budaya Ampun Tuanku ni), awak rasa aje. Kalau salah awak minta maaf bebanyak. Awaak terfikir kenapa daerah ini tak membangun dan khasnya SEMESTA tak membanggakan berbanding sekolah lain. Awak teringat sejarah pembukaan pekan Manong ni. Bukan kah nama Manong ini adalah nama seorang gadis yang derhaka pada ibunya. Akibat kederhakaan kepada ibunya menyebabkan beliau ditelan oleh tanah manong tepi Sungai Perak tu. Maka untuk mudah mengingat tempat ini orang menamakannya Manong.
Jadi nama Manong ini pada awak adalah satu sumpahan seorang ibu kepada anaknya yang derhaka. Nama itu pulak di ambil dan di abadikan sebagai satu nama yang hendak dibanggakan. Saya berpendapat ia adalah satu sumpahan yang akkan padam selagi kita tidak berbuat sesuatu. Maka dengan ini saya mencadangkan (macam penyimpan mohor pulak rasanya) agar nama pekan Manong di tukar kepada nama baru bagi menggantikan nama Manong. Atau kena tunggu 7 generasi baru sumpahan itu akan berakhir dan selepas itu Manong akan membangun seperti Langkawi akibat sumpahan Mahsuri. Setelah berakhir & keturunan Mahsuri barulah Langkawi berubah maju.
Tentang nama baru Manong tu saya serahkan pada penduduk Manong yang tentu amat arif apa yang sesuai dengan tempat mereka bermastautin. Saya hanya memberi satu cadangan tapi kot boleh dipakai ambil le, kalau tak saya memulangkan kepada orang Manong(klik sini)
Amacam TAJUL ARIF
3 comments:
Sesuatu yang elok untuk difikirkan bersama. Kampung "Tajul Arif", mmmmm......
Man0ng ni 'pekan' la bang,bkan kampung..
Post a Comment