Monday, August 3, 2009

Cerita baik punya dari Surau Kampong:SurauKampung@yahoogroups.com

.
Fwd: kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka?
Posted by: "Mr Kelakar" klk_grp@yahoo.com klk_grp
Sat Aug 1, 2009 6:11 pm (PDT)
Baik utk dikongsi bersama, pada mulanya terkejut saya dgn tajuk di atas ............ .tq--- In respeks_group@ yahoogroups. com, alhisham mohd wrote:.fullpost{display: inline;}Inikisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetekpengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yangmelaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaandan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premisberkenaan menutup aurat.Aku tak pasti berapa jumlah denda yangdikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.Dalamsatu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di PasarayaBillion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawaiPBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturanmajlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalasdengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalamneraka..."Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buatneraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengarnasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakaitudung..Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalaudibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel,ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadiustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerentimasuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadipelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkaramacam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadiorang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuhdalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yangterima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kitanak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz."Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik,saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu MahaPenyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untukmenghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri danjuga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diujikat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, makabukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanyadipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapatbersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kitajugak. Assalamu'alaikum. "End of my story. :-)

1 comment:

~SuRaYa~ said...

wahh..best2..pnuh makne!