Wednesday, September 9, 2009

Teringat satu kesah gajah.

Ada seorang gembala gajah cukup pandai melatih gajah. Pendek cakap suruh gajah buat apa saja, ikut le gajah tu. Gembala tu bukan bengkeng tapi pande latih gajah.

Satu masa gembala tu pegi le ke satu kampong untuk buat pertunjukkan. Ramai le orang datang melihat kehebatan gembala gajah tu. Beno le sangat bila di suruh duduk , duduk le gajah tu, bile di suruh bediri elok je dirinya. Selepas buat persembahan banyak dia dapat duit dan benda dari orang kampong kerana seronok melihat persembahan gembala gajah tu. Diubohnye dalam bungkut dia.

Nak jadi cerita, gembala tu menawarkan bungkut dia kepada sesiapa yang boleh membuatkan gajahnya duduk. Ramai orang kampong menerai. Macam-macam cara deme cuba mendudukkan gajah tu. Tapi tidaklah mereka berjaya mendudukkan gajahnye. Bila semua dah tak mahu mencuba datang seorang budak nak terai le pulak.

Orang kampong gelak, pasal yang tagas-tagas pun tak mampu nok mendudukkan gajah, Inikan pulak budok setahun jagung. Tapi gembala tu bagi le can kat budak tu. Budak tu pun pegi le ke belakang gajah. Gajah tu gajah jantan. Dia tarik tangan jari tangan nya dan terus memetik telur gajah tu. Meraung gajah tu lantas terduduk gajah tu.

Orang kampong bersorak melihat kecerdikan budak tu. Gembala terkejut tapi dia sayang le duit dia. Maka gembala mengakali budak tu. Kesian gajah aku kamu petik telur dia, tak aci, kamu mesti bagi di menggelengkan kepalanya baru aku bagi semua duit ni.

Budak codik le katakan. Okey katanya tapi mesti bagi duit tu,jangan goreng-goreng lagi. Okey kata gembala. Budak tu pergi kat telinga gajah dan berbisik kepada gajah tu. Nak aku petik telur kamu? Terus gajah tu menggelengkan kepalanya.

Maka bersorak orang kampong melihat memang budak tu hebat orangnya. Maka gembala tu terpaksalah memberi bungkutnya kepada budak itu.


Moral: Jadilah hebat walaupun masih budak.

No comments: