Tuesday, September 29, 2009

Jenih

Ghiso nengok oghang Melayu doh macam tak bejenih. Agoknye kite perlukan kepimpinan yang boleh menjadikan oghang Melayu tu bejenih. Takkan le tak boleh buat sesuatu yang boleh menjadikan oghang Melayu ni satu bangse yang bejenih. Label pade awok ni jenih bangse Melayu, tapi awok sebenonye Rawa (disebut juge Rao). Tak popule kaum ni, bebanding kaum lain, tapi kat Mesia ni belambok kaum Rawa (klik sini).

Awok berpendapat sistem kepimpinan kat Mesia ni jenih tak membeghansangkan, keghane ase kepimpinan daghi peringkat bawoh doh ghosak. Lepahs darjoh 6 budak yang pande (biasenye pemimpin le kan) akan ditawokan ke sekolah berasrama penuh atau sekolah yang ade latihan khas atau paling koman rancangan khas. Make bile pagha pelajar masok ke sekolah menengah harian biase je, teghus berlaku krisis kepimpinan. Sedangkan pade era itulah perlu dan doh mule tertonjol cighi-cighi kepimpinan. Make sekolah harian biase yang belambok kat Mesia ni mempunyai pelajar yang tidak ade rakan pemimpin jenih yang berkualiti. Kalo ade pemimpin yang berkualiti pun, tak ghame dan menyebabkan megheke tenggelam berbanding pemimpin bawaan bughok. Masok pulak tingkatan 4 sekali lagi para pelajar yang berkualiti dipindahkan ke sekolah lain. Dan tinggallah para pelajar dipimpin oleh jenih pelajar yang rendoh kualiti kepimpinannya.

Manekale sekolah yang dikumpulkan para pemimpin tadi, hanye segelintir yang menjadi pemimpin, manekale yang lain kalo disekolah lame die sepatutnye sebage pemimpin. Tetapi disekolah baghu itu, bakat kepimpinannye tenggelam keghane ade ghame yang berkualiti. Make sistem ini meyebabkan kepimpinan dikalangan pagha pelajar Melayu meruncing.

Berlainan sekolah harian Cina, megheke tiade krisis kepimpinan. Ini keghane, jenih yang memimpin itu tetap kekal disekolah itu dan ghame yang dok keke disitu. Oleh keghane itulah para pelajar sekolah harian Cina mampu melakukan aktiviti tanpe gughu. Kerane kepimpinan mereka berterusan daghi sekolah ghendoh sampe sekolah menengah. Sedangkan di sekoloh harian Melayu, gughu ade pun amat sukar untuk melaksanekan aktiviti kerane daya kepimpinan pelajar jenih rendoh kualitinye.

Ih doh panjang lebo nulih kali ni, hilang kesantaiannye. Ape komen mengkome tentang pendapat awok ni. komen jangan tak komen.

No comments: