Tuesday, July 14, 2009

Ni aku minat beno jadi aku copy dari Al Banjari, boleh ya, kalo tak leh aku padam sat ni juga.

(Akhir) Manek Urai - Toyol dan 14hb. Julai..Edisi Terjah !!

Oleh : albanjari
11.10pm
Upacara memanggil 'toyol' pun dimulakan...! Sebidang kain hitam tok haji Ramlan yg pegang, sebidang kain kuning kemas tok imam pulak yang pegang..atas jalan depan rumah dah siap sedia seekor 'ketam batu' atau ketam nyiur' yg hidup duk dalam talam, wak pegang kamera dan e-cam saja ! Mulut Bang Li kumat kamit...2 minit kemudian, tiba2 angin kuat menderu menerpa kuat.

Suasana malam yg tetiba saja berangin, benar-benar buat bulu roma masing2 naik berdiri. Tok sah sembang la hang tok aji kaa, tok siak kaa, part macam ni..semua kancing mulut tak dak suara..! Lidah jadi pendek..ayaq liyoq pun tetiba kering kontang. 5 minit kemudian..jeng..jeng..jeng..!

Masing2 biji mata menumpu kepada 3 objek yg sayup-sayup jalan ala-ala lengang kangkung tu. Huh ! nuu..nuu..nuu !! Paa..diaa ??? Nuu..nu..nuu ! Juih siak surau dengan mulut..dalam samar2 tu, ingat ada laa tangan atau jari yang nak tunjuk tang mana..tak dakk..!! Tangan pun tetiba macam kena ikat, tak mampu nak gerak macam biasa. Jarak lembaga yg lengang kangkung tu kurang lebih 50 meter dari team 'ala-ala berani ni' , Bang Li masih keras duduk atas rumput tepi jalan dok kumat kamit, Aounggggggg...Aungggggg..Aunggggg !!! Ceh..potong stim betullaa..anjing rupanya..tu la yg hairan sesangat, tak kan toyol 3 sekawan plak, ni bukan toyol geng Do Re Mi ? Ada geng-geng pulak..toyol tu yg dikenal pasti hanya seekor saja, kalau sampai 3, mau tumbang tukang bagi susu@bini yg dok bela tu, mana larat nak bagi makan dgn susu bini, dah laa..hari-hari mau.., mau 'lanjut' sampai ke kaki la jawabnya susu bini hangpa tu kalau dah 3 ekoq dok pi 'hisap'...belum campoq lagi dgn si 'tukang bela' yg hisap..wakakkaa...konperm tetek bini tak balance lepas tu, tapi belah kiri saja laa..hat kanan menten kut , menten pejal ! Jenuh la nak cari bra kat kedai..!

Memang meremang gilaa bulu roma ketika tu, tengah dok 3 ekoq anjing tu syiokk berjalan-jalan depan kami, tiba-tiba ketiga-tiga ekoq anjing tu terberhenti serentak, macam karan..'shocked',
depan kami beb ! bukan depan Bang Li..langsung tak dak bunyi yg keluar dari mulut anjing ntah sapa punya tu.., rupanya anjing2 tu terkejut bila dihadapannya jelas ternampak 'lembaga' kecil yg tingginya lebih kurang 5 inci, perut buncit, hitam bulat..mungkin sebab malam buat tubuh lembaga tu nampak memang sungguh hitam, kepala memang licin, mata merah menyala...dok berjalan secara zig zag.., "dia dah mai...dia dah mai....dia dah mai..." tiba-tiba mulut Bang Li bersuara, menambah tegak bulu tengkuk dan bulu dada..eh ! bulu roma..!!

"Jangan dok kacau lagi, bagi dia main dengan ketam batu tu dulu.." sambung Bang Li..sayup2 ajer antara dengar dan tak dengar, wak dengan 4 org lagi yg ada di balik pokok kelapa pandan batang kontot tu tak terkata apa, lidah jadi kelu teruss..3 ekor anjing yg tetiba keras tak berjalan tu spontan saja terus lari lintang pukang ke arah belakang..tak berani dia nak jalan terus, bertambah ler takut beb ! Anjing pun terkincit, yg kami-kami ni..macamana ?

Wak nampak dengan jelas bagaimana toyol tu berjalan lari, memang laju..memang sebijik macam budak2 kecik umur 3-4 tahun dok berjalan..walaupun tubuhnya masih berada dalam keadaan 'biasa' setinggi 5-6 inci saja, suasana yg ada ketika itu sudah cukup buat semua yg ada tak buleh nak cakap apa pun, terkunci..dan mungkin ada yg terkucil, sapa tau..sungguh menyeramkan !!
Bulu segala bulu jangan tanya la masa tu, semua dok tegak berdiri, tangan jadi kaku, lutut jadi lembik, jangan kata nak lari..berjalan pun belum tentu nak bulehh..!! e-cam ditangan pun tah kemana hala wak fokuskan..kamera ? jangan dok belagak la nak ambik masa tu..nak tekan picu pun ketaq..! Wakakaka..lawak sungguh..!!

Elok saja 'toyol' tu dok sampai tepi talam, dan terlompat2 seronok pasal jumpa 'permainan' dia, bang Li pun bagi signal kat tok imam bagi kain hitam kat dia..2-3 kali jugak la..pasal tok imam tak respon, dia pun ketaq kut..agak wak mungkin telinga tok imam tu jadi tuli pasal tersumbat bulu telinga yg dok tegak sama berdiri kut ? Memang asyik sungguh toyol tu bermain dengan 'ketam batu' tu, tak sampai 2 minit, tiba-tiba bang Li menerkam dengan laju dan menyerkap toyol buncit tu dengan kain hitam yang dah dijahit macam karung tepung tu, sambil kedua2 lututnya merapat ke atas jalan tar, rasanya mau barai juga lutut bang Li tu wak rasalahh..maka meronta-rontalah 'lembaga' itu didalam karungan kain hitam, kemudian bang Li mintak pula kain kuning..untuk di sarung sekali dgn kain hitam, anehnya..lembaga yg kecil tadi bila dilihat dari apa yg ada didalam karung hitam itu bukan kecik punya 'barang', cara toyol tu meronta memang ganas, seram gilerr beb !! Dan bukan lagi bersaiz kecil macam mula-mula tadi, dah macam budak umur 1 tahun...wak kira..!!

Tiba-tiba saja toyol tu jadi diam tak lagi meronta, rupa-rupanya bang Li dah pegang leher toyol tu di balik kain hitam yg menyeliputinya, sambil meminta tok imam berikan pisau tajam berkilat yang dah 'get ready' kat pinggang , ada la kut panjang pisau tu lebih kurang 6 inci, apa lagi zasshhhhh....leher toyol tu disembelihnya hidup2 dalam guni, halus saja bunyi yg masing2 dok dengar..tapi sungguh menyeramkan, bunyi macam kerbau kena sembelih tapi ditutup mulut atau hidung..bunyi dalam..! macam tu laa yg masing2 dengar.

Mulut bang Li masih lagi kumat-kamit, kami dan yg lain-lain lagi masih keras tak bergerak dari tempat masing-masing melihat drama 'benar' toyol ditangkap di depan mata secara LIVE, kerja gilaaa..!! Adalah lebih kurang 6-7 minit kemudian, bang Li mintak sapa-sapa yg ada motor bawak dia dan bungkusan hitam yg masih lagi dalam gengaman tangannya berisi 'bangkai' toyol tu bawak dia pi ke tepi sungai Kerian. Dalam ramai-ramai, Ucop labu saja yg berani..dia start motor walaupun 3-4 kali jugak laa baru hidup, pi dengan bang Li ke arah tepi sungai Kerian, dari apa yg Ucop labu beritahu, bangkai toyol itu dibuang ke dalam sungai Kerian, betul2 depan kedai Sunkist Pekan Lama, dan tenggelam hanyut ke dasar mungkin.


11.50pm
Semua kerja selesai, bang Li pun mintak diri untuk pulang ke Bagan Serai. Sebelum balik tok imam tanya macamana dengan khidmat kerja tadi, berapa pengeras dan berapa upahnya, bang Li jawab..ikhlas..nak bagi berapa pun dia ambik, tapi jangan bagi banyak sangat..kalau banyak2 buat apa, baik bagi kat toyol saja..! Faham la tu, tok imam pun huluq sampul dan disaksikan oleh rakan2 lain, masa bang Li balik, wak tanya berapa yg tok imam bagi..dia bagitau RM200. Okay la tu wak jawab.

Sebelum balik, tok imam bagitau kat wak, kalau nak tau sapa tuan yg bela toyol kat situ, hang mai pagi esok pukui 4.30am ~5.30am, kita tunggu..pasal bang Li kata..tuan dia mesti akan cari toyol yg dia bela tu..kalau tak balik rumah dalam tempoh masa itu, sebelum azan subuh.,syarat dia tu. Wak cakap tengoklah..tapi hint dia tok imam kata, org yang bela toyol tu akan jalan sambil tangan sebelah kirinya akan berada di belakang..hanya sebelah saja yg normal..dan dia akan berjalan tunduk..! TAMAT

(*) Sejak kejadian 'toyol' yg berlaku di taman2 perumahan Pusat Bandar ini, 8 orang telah menjadi mangsa kecurian wang tunai, termasuk tok imam sendiri yg hilang wang sebanyak RM1,500 dalam tempoh 10 hari. Selepas kejadian toyol itu di'sembelih', dan telah diuji penuh jayanya oleh tok imam sendiri apabila beliau dengan 'belagak'nya meletakkan wang tunai sebanyak RM1000 diatas meja makan sebelum tidur, dan pada pagi tadi Alhamdulillah...wang tersebut cukup dan tidak kurang sedikit pun dari jumlah asal, maka kini taman kami 'bebas toyol' untuk sementara waktu, bagi meraikan kegembiraan toyol dapat dihapuskan, tok imam dengan besar hati telah buat kenduri dengan belanja semua orang yg makan di warung yg wak ceritakan dulu di sini, warung pak Usop kita, warung nasik RM1.90 tu lahh..!!

No comments: